Pemimpin China Xi_Jinping

Pada 15 November 2012, Xi Jinping (59 tahun) menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis China menggantikan Hu Jintao. Pada 14 mac 2013, Xi Jinping menjadi Presiden Republik Rakyat China menggantikan Hu Jintao. Perlantikan itu diumumkan oleh Pengerusi Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan, Liu Yunshan di Parlimen China Beijing. Semua ahli Parlimen mengundi menggunakan kertas undi berwarna merah . Anggota Politburo, Parti Komunis China, Li Yuanchao terpilihpilih sebagai Naib Presiden China. Jawatan Naib Presiden tidak mempunyai kuasa dalam kerajaan, namun ia mempunyai peranan diplomatik. [6]

Jinping mengembangkan kekuatan tentera China dengan pembelian kapal pengangkut pesawat pertama pada tahun 2012 bagi memenangi sebaran peperangan. China bertelagah dengan Jepun berhubung isu perebutan wilayah di Laut China Timur dan tuntutan wilayah di Laut China Selatan. Beliau menggesa wakil-wakil Parlimen agar menentang budaya hedonisme serta tidak mengamalkan gaya hidup mewah.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berjanji China tidak akan melaksanakan hegemoni sekiranya China menjadi lebih kuat. Dunia sedang memerhati dan bimbang China menjadi lebih kuat dan menjadi lebih bersifat pendesak dan melaksanakan hegemoni. Pertumbuhan ekonomi mampan China . Li dilantik Perdana Menteri China ke-7 oleh Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 menggantikan Wen Jiabao.

Rujukan

WikiPedia: Xi_Jinping http://www.chinavitae.com/biography_display.php?id... http://www.forbes.com/profile/xi-jinping/ http://www.newsweek.com/id/81558 http://www.newyorker.com/online/blogs/evanosnos/20... http://topics.nytimes.com/top/reference/timestopic... http://www.nytimes.com/2012/09/30/world/asia/aimin... http://www.giga-hamburg.de/dl/download.php?d=/cont... http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/201211... http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/201303... http://chinadigitaltimes.net/china/xi-jinping/